SALAM


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 4 June 2011

Tika itu...

Semakin meningkatnya umur, maka semakin dekatlah kita menuju kematian. Sedang, hari semalam adalah paling jauh untuk kita capai. Apatah lagi peluang untuk menemuinya.
Hari semalam adalah kenangan dan penyesalan atas tiap detik yang disia-sia kan. Ruang dan peluang yang dibiarkan berlalu. Detik yang merosakkan niat dan iman.

Hari ini, melangkah dengan penuh semangat mengharap detik yang mendatang diisi dengan amalan mendekatkan diri kepada Nya. Meminta penuh pengharapan agar taubat dosa semalam diterima dan diampuni.

Hari esok, belum tentu lagi masih punya peluang untuk menghirup nikmat, menambah amalan dan menebus dosa. Mungkin hari esok adalah hari kematian kita meninggalkan alam fana dan dusta ini. Mungkin juga esok kita masih punya waktu untuk menambah amalan yang tak seberapa dan memantapkan iman yang kian goyah.



Tanggal   21hb mei  bru2 ini,hari Tuhan memberi peringatan buat umat manusia seluruhnya. Kjdian tanah runtuh dirumah anak2 yatim.
Meratapi kehilangan mereka yang tersayang.Semua itu dah ditetapkan Nya. Kita hanya mampu meratapi, menangisi dan menginsafi. Bukan menuding jari dan menyalahkan sesama sendiri. Dia lebih mengetahui segalanya.

Kita yang masih hidup bersyukur, sekurang nya kita punya peluang menampal lompong2 amalan.
aku hidup dimuka bumi ini, adakah aku menunaikan harapan mak abah dan janji ku kepada Nya. Rasanya, terlalu banyak dan besar dosa dan kesalahan yang aku lakukan. Masihkah punya hari esok buatku? Masih punya ruang dan peluang untukku mendekatkan diri pada Nya?menunaikan janji ku tika dialam roh untuk membawa bekalan yang cukup mengahadapi alam barzakh?

Aku takut...aku cemas...hari-hari itu berlalu tanpa amalan yang ku kira bisa menyelamatkan ku dari siksa kubur. Adakah benar Dia menerima amalan ku? Atau amalan ku selama ini hanya sia-sia kerana tiada ikhlas dihatiku.

tak terkira berapa banyak nikmat yang Kau kurnia untuk ku? Saban tahun aku menghitung dosa dan berazam menambah amalan. Namun aku siakan hari-hari lepas itu dengan menambah kan dosa dan kemurkaan Mu.

Berilah ku peluang lagi Ya Aziz...
Jangan Kau ambil nayawa ku selagi aku tak memantapkan imanku. Selagi aku tak meningkatkan taqwa kepada Mu...
Yang boleh membimbingku ke jalan yang diredhai Mu Ya Rabb..


.

No comments:

Post a Comment