SALAM


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 31 August 2011

Dugaan lagi..

banyaknya dugaan,ana sendiri tak berapa pasti sampai bila dugaan terus menjengah diri ana.namun ana tahu,Tuhan tidak menzalimi hambaNya kerana apa-apa sahaja dugaan yang Dia berikan adalah sesuai dengan kemampuan hamba-hambaNya.Sungguh ana rasa kerdil diri apabila mengenangkan dosa-dosa ana pada masa yang lalu.Teringat lagi bagaimana ana menjahit kembali sejadah iman ana yang sudah terkoyak akibat kesilapan ana sendiri.Kalau bukan kerana atuk dan ummi ana yang menyuruh ana pergi ke program muhasabah diri itu,tak mungkin ana seperti sekarang.Ana kini bukan ana yang dulu,jahil tak mengenal apa-apa tentang agama yang ana anuti sejak dari azali.Apabila mengenang kembali kisah lalu,ana berasa sungguh malu dan ingin menangis sepuas-puasnya kerana kesilapan yang telah ana lakukan,sungguh ana rasa menyesal ..


masa berlalu hari demi hari,usia ana semakin bertambah,ana semakin dewasa dan matang hingga dapat menilai yang mana satu baik dan yang mana satu buruk.Ana harus lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dengan hasutan syaitan/iblis.Berkali-kali ana tersungkur,jatuh,hingga terluka namun ana tetap bangun semula dan meneruskan kembali perjuangan yang masih tersisa.Ana hamba yang kerdil,tak punya apa ,hanya dahagakan ilmu agama,..ana memerlukan bantuan rakan-rakan untuk membantu ana supaya ana tidak lagi tersasar daripada landasan yang sebenar.

wahai remaja/belia pada zaman teknologi yang serba canggih pada hari ini,ana ingin mengingatkan kalian supaya tidak mensia-siakan usia remajamu dengan perkara yang sia-sia.Remaja islam terutamanya,hruslah sedar bahawa usia remaja perlu diamnfaat dengan ilmu agama supaya penuh di dada.Jangan tunggu sehingga hari tua baru nak menjengah pada ilmu agama.Kelak anda akan menyesal.Ana berasa sungguh sedih dan terkilan apabila melihat segelintir remaja pada hari ini sudah tidak lagi tahu membezakan yang mana satu baik dan yang mana satu buruk.Tidak ada lagi batas-batas yang dijaga antara lelaki dan perempuan bukan mahram.Tidak ada lagi ilmu agama yang menjadi didikan.Paling menyedihkan apabila terdapat juga segelintir ibu bapa yang mengamalkan gaya hidup moden menggalakkan anak-anak mereka supaya melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.Ana sebagai orang awam yang memerhatikan gelagat remaja di sekeliling ana setiap hari tak kira di perhentian bas,pusat beli belah @ di mana-mana sahaja ruang di segenap penjuru dunia berasa sakit apabila melihat tingkah laku mereka yang tidak segan silu berpelukan,bercumbuan,berpegangan tangan umpama sudah hilang rasa malu pada orang awam di sekeliling mereka.Ana sendiri berasa malu kerana yang melakukan perbuatan itu adalah anak bangsa kita,ANAK MELAYUUU!!!!!!BERAGAMA ISLAMMMM!!!Apabila ditegur perlakuan mereka itu,mereka buat tak endah,haii..apa sudah jadi dengan dunia sekarang..musibah melanda lagi...aduhai dugaan...dugaan...
sampai bila semua ini harus begini??

1 comment:

  1. Dari Abdullah r.a katanya:

    ”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w
    ketika beliau sakit,lalu kusentuh baginda
    seraya berkata: ”Ya Rasulullah! Demam anda
    bertambah teruk.” Jawab baginda, ”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.
    Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda: ”Semoga!”
    Kemudian Sabda baginda pula: ”Tidak ada
    seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit
    dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu
    menggugurkan daunnya.” (Muslim)

    -bersyukurlah kerana Allah telah memberikan peluang kedua untuk menghirup ketenangan iman..mudah2an mereka d luar sana dpt merasakan hebatnya ketenangan iman..Amiin..sma2 la berdoa ..insyaAllah..
    salam..

    ReplyDelete